29 Apr 2016

Permohonan Visa ke China.


Pastinya, anda tertanya-tanya, sama ada kita memerlukan visa atau tidak untuk memasuki negara-negara seperti Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja, China. 

Untuk pengetahuan anda, dalam pengembaraan saya dan isteri. Kami hanya memerlukan visa untuk memasuki negara China. Manakala negara lain seperti Thailand, Laos, & Vietnam tidak memerlukan visa. 

Hal ini kerana negara-negara ini merupakan negara ASEAN (The Association of Southeast Asian Nations). Di mana, rakyat negara ASEAN bebas untuk bergerak menggunakan passport antarabangsa sahaja. 

Maklumat lebih lanjut mengenai negara ASEAN : http://www.asean.org 

Jadi, macam mana nak dapatkan Visa China ni? Susah ke permohonan visa ni? 

OK, terdapat 2 cara untuk memohon Visa. 

i. Permohonan secara terus di pejabatnya yang terletak di :

Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia


So, macam mana nak buat sendiri ? 

Ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon visa antaranya ialah : 

i . Passport yang tamat tempohnya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh perjalanan. 

ii. Borang permohonan visa dan sekeping gambar berukuran pasport. 

anda boleh download borang di sini :  

iii. Dokumen sokongan (Hotel Booking, Itinerary Lengkap Perjalanan)


Jika dokumen anda seperti di atas telah lengkap, anda boleh la terus ke Visa Centre.

Oh ya, sebaik-baiknya borang permohonan di hantar sebulan sebelum tarikh perjalanan. Dan tidak lebih 3 bulan awal dari tarikh perjalanan. 

Kebiasaanya, permohonan siap di proses dalam tempoh 4 hari bekerja dan dikenakan bayaran sebanyak RM88.30. Ini adalah untuk visa “single-entry”.


Untuk maklumat lain, anda boleh rujuk di sini :  https://www.visaforchina.org/KUL_EN/


ii. Permohonan melalui mana-mana travel agency. 

Kalau rasa malas sangat and takde masa, korang guna je mana-mana travel agent yang boleh uruskan visa. 



Nah, kitorang belanja sikit gambar haritu waktu mohon visa. Kitorang sampai awal pagi waktu tu, malas nk queue panjang. 




Secara keseluruhannya, proses permohonan Visa ke China adalah mudah dan tidak lah susah. Cuma kena ambil masa untuk pergi ke pejabatnya. Dan untuk makluman, di Malaysia hanya ada dua pusat permohonan, satu di Kuala Lumpur, dan satu lagi adalah di Kuching, Sarawak. 

Read More

23 Apr 2016

"Honeymoon" Menggunakan Jalan Darat Dari Kuala Lumpur ke Beijing Selama 21 Hari Dengan Bajet 5k !



1. Kenapa Jalan Darat? Kenapa tak guna je flight? 

Ini merupakan kali ke dua saya ke Beijing, kali pertama adalah pada tahun 2013 bersama ahli keluarga (time ni bujang lagi.. hehehe) . So, kali ni saje nk cuba jalan darat. Kali ini, hanya saya berdua dengan isteri ! 

Sebenarnya ketika ini kami baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan kami.


2. Berapa lama nak sampai ke Beijing tu guna jalan darat ?

Untuk makluman semua, pengembaraan kami adalah lebih kurang selama 21 hari. 
Kami bertolak pada 3hb Disember 2015  dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 23hb Disember 2015. 

Tetapi perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa hanya 10 hari. Kami tiba di ibu negara China itu pada 13hb Disember 2015 dan menghabiskan masa 11 hari lagi di Beijing. 

Tarikh perjalanan :  3hb - 23hb Disember 2015 (21 hari)


3. Berapa habis? Berapa kos dari KL ke Beijing tu? 

Ini merupakan soalan yang biasa kami terima daripada semua orang mengenai bajet. Secara keseluruhannya kami habis lebih kurang RM5500  (termasuk tiket balik, pengangkutan, makan & minum, souvenier, entrance fee ke tempat2 tertentu, visa,etc)

Dibawah ini saya kongsikan route dan kos pengangkutan yang kami gunakan sepanjang perjalanan : 

  • Shah Alam 🚌 Hatyai  (Konsortium Bus Express) RM 58.80 x 2 = RM 117.60 
  • Hatyai 🚂 Bangkok (Lower Bed ; Rapid Train Sg Kolok - Bangkok)  845 baht x 2 = 1,690.00 baht 
  • Bangkok 🚂 Nongkhai (Upper Bed ; Express Train 69)  688 baht x 2 = 1,376.00 baht
  • Nongkhai 🚂 Thanaleng  20 bath x 2 = 40.00 baht 
  • Thanaleng 🚐 Viantiane 600 bath (sebuah van
  • Viantiane 🚌 Hanoi (Sleeper bus)  500,000 dong x 2 = 1,000,000.00 dong 
Inilah keadaan dalam Sleeper Bus Viantianne ke Hanoi. Perjalanan mengambil masa 24 jam ! 
  • Hanoi 🚂 Nanning  (Hanoi train T8701/T8702)  950.00 dong x 2 = 1,900.00 dong 
  • Nanning 🚂 Beijing (Upper Bed, Z6 Train)  718.50 yuan x 2 = 1,437.00 yuan
  • Beijing ✈️ Kuala Lumpur  1,668.00 CNY for 2 pax 

Kos Pengangkutan Keseluruhan: *RM3179.40 +/- 

*Kos pengangkutan akan berubah mengikut tukaran matawang. 




4. Duit macam mana? Korang tukar dulu ke macam mana? 

Ini pun merupakan soalan kegemaran yang biasanya di tanya kepada kami. Ok, mengenai duit ni, kami tukar siap2 sebelum kami bertolak ke Beijing lagi. Berikut merupakan tukaran matawang yang kami lakukan. 

  • Yuan : CNY3500.00  =  RM2311.00
  • Vietnam Dong : 4,500,000 = RM877.50 
  • Thai Baht : 10,000 = RM1207.00
*tukaran dibuat pada 2 December 2015. Sehari sebelum kami bertolak.

Boleh dikatakan, tukaran matawang yang kami buat semasa duit RINGGIT masih lagi tidak kukuh. Mungkin kami akan dapat jimat lagi jika RINGGIT diniagakan tinggi di bursa saham. (ayat persis pakar ekonomi)

Duit yang kami tukarkan ni adalah untuk perbelanjaan dan kos pengangkutan yang diperlukan. Jadi, kami telah asingkan siap-siap duit untuk tiket dan duit untuk shopping. Ini bagi menggelakkan kami short duit. 

Selain itu, kami juga telah mengaktifkan kad bank untuk pengeluaran di luar negara. 
Kalau-kalau duit tidak mencukupi. 



5. Tempat tinggal ? Korang duduk kat mana je? 

Haa, yang ni bergantung kat korang sebenarnya. Sama ada korang nk hotel yang mewah, hotel bajet, gueshouse ataupun dorm. Kadang-kadang perjalanan yang jauh begini kita banyak tidur dalam kenderaan seperti bus dan keretapi. 

So, berikut merupakan tempat-tempat yg kami transit & stay during our trip : 

i . Bangkok - The Manhattan, Bangkok (Hadiah Kahwin from my uncle) 4 Days 3 Nights.


Our  room view.

ii . Hanoi - Brother Inn (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night



iii. Nanning - Travelling With Hostel (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night



iv. Beijing - Malaysia Embassy, Beijing (Cousin) 

Untuk penginapan ni, kalau korang nak book any hotel/hostel. Pilihlah area yang berdekatan dengan public transport supaya korang mudah nk bergerak..



6. Makan macam mana? 

Cerita pasal makanan pula, kami bawa makanan (tapau) dari rumah lagi. Kalau diikutkan, makanan halal sepanjang perjalanan mudah di cari kecuali di Laos. Lagipun kami hanya transit sehari di Laos. 

Apa yang kami bawa adalah makanan yang boleh tahan lama, seperti tempe sambal, nasi impit yang belum direbus, 3 in 1 Milo & Nescaffe, Nutella, Choclate bar & Lauk ready meals (tinggal panaskan je). 

Peralatan memasak pun kami ada bawa iaitu multicooker bagi memudahkan kami memanaskan/memasak lauk. 



Selain itu, kami juga akan mencari Masjid apabila sampai di sesebuah kawasan. Pastinya makanan halal akan mudah di dapati di kawasan masjid.



Masjid Al Noor, Hanoi 


 Terdapat sebuah makanan halal di sebelah Masjid Al Noor Hanoi ini. 


Ini pula Masjid Besar di Nanning. Terdapat banyak kedai makan halal di kawasan ini. 



7. Visa ? 

Ya, anda memerlukan visa untuk masuk ke China. Thailand, Laos, Vietnam hanya memerlukan Pasport Antarabangsa. Pastikan tarikh tamat pasport anda tidak kurang daripada 6 bulan.

Bagi permohonan visa china, korang boleh rujuk di laman web berikut :
https://www.visaforchina.org/KUL_EN/



8. Selamat ke ? Tak bahaya ke ? 

Alhamdulillah. Boleh dikatakan selamat.

Pada pandangan saya, selamat atau bahaya ini terlalu subjektif. Setiap perkara yang kita lakukan pastinya ada risiko. Walaupun hanya berbasikal di depan rumah. Betul tak ? 

Apa yang saya amalkan ialah membaca “Doa Elak Bahaya” sepanjang perjalanan dan banyakkan berdoa. Doa seorang musafir kan antara doa yang mustajab. Selain itu, kita perlulah mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain.

i . jangan lalu di lorong-lorong yang gelap dan sunyi. 
ii. simpan duit dan pasport di tempat yang paling selamat. duit tu kalau boleh asing2 kan.    jangan simpan satu tempat sahaja.  
iii. pastikan keluarga anda tahu keberadaan anda. Maksudnya, share  itinerary anda dengan ahli keluarga. Sentiasa update dgn family. 

Walaubagaimana pun, kita tidak boleh lari dari kecelakaan. Betul tak?

Antara kecelakaan yang biasa terkena kepada para pengembara biasanya ialah scam. 
Kami juga antara mangsa scam apabila kami di Hanoi. Kami telah ditipu oleh pemandu teksi. Meter yang digunakan telah diubahsuai dan kami telah kerugian hampir 500,000 dong. iaitu hampir RM100.00 untuk jarak hanyak 3km. Maka berhati-hati ketika mengambil teksi. Oh ya! Vietnam boleh dikatakan tempat yang banyak scammer. maka berhati-hatilah apabila anda melancong ke sana ! 

Akhir kata, pergilah mengembara ! 


















Read More